Aku dilanyak bapa mertua

kenangan beli rumah

2024.05.12 10:08 BeeFun5494 kenangan beli rumah

asik meluah benda sedih je boleh bawa menangis melayannya so, aku rasa nak luah satu kenangan yg aku seronok nak bercerita berulang2 kali pasalnya.
lepas kawen, setahun aku dok kat rumah mertua dgn isteri yg hari2 membebel 'nak dok rumah sendiri' so, aku pun salu la bersembang ngan member pasal rumah n ronda2 perumahan kot2 ada unit nak jual.
sapai la aku di sebuah unit, teres setingkat corner lot 150ribu je?? murah tu. malangnya bila call no fon kat pagar katanya unit tu dah terjual tapi...
"abg mau rumah mcm mn? berapa bajet mau?" ejen yg aku call tu buat offer.
ehh, kalu semudah tu nak order rumah dgn dia, aku pun bgtau la selera aku. aku nak rumah teres setingkat dekat dgn putarjaya yg harga bawah 130ribu.
taksapai sebulan terus dia call "ok, rumah sudah ada tapi ini lelong punya rumah. abg mau tunggu proses beli atau ikut sy tengok lelongan?"
di hari lelongan, pagi2 ejen tu dah amik aku kat opis, bawa gi dewan lelongan kat nstp. lepas daftar, pekena hidangan breakfas jurulelong sajikan pastu dia bg nombor mcm bat pimpong.
deborr jugak bila tengok iklan dia semua rumah flat dan hanya rumah yg aku nak beli je satu2nya teres setingkat so, aku pesan siap2 kat ejen tu yg aku taknak lawan2. kalu ada saingan nak beli, kita balik tau. haha.
selepas unit ke3... "unit ke4 akan dibeli oleh saudara beefun5494 dgn harga permulaan 99ribu, ada sebarang bantahan??" ...tukul pun diketuk, bam! bam! sold!!
tuan rumah masih menghuni. aku dgn wife dtg bincang, bgtau yg rumah dia aku da beli so, dia pun setuju utk kosongkan rumah lepas 3bulan sambil support instalmen aku sepanjang 3 bulan tu. proses berjalan dgn aman je membuatkan aku bersemangat nak beli sebijik rumah lagi.
lelong taklah seindah didengar sbb, tunggakan api, air, indah water, cukai pintu suma kita kena tanggung. tapi syukur la sbb tak byk mana kecuali cukai pintu je 1800 tertunggak.
itulah pengalaman beli rumah lelong dari jurulelong yg takdpt aku lupakan. next post aku citer pulak pengalaman beli rumah lelongan mahkamah ya.
submitted by BeeFun5494 to SesiKonfesi [link] [comments]


2024.05.05 15:52 tersxin Tragedi Malaysia

Banyak tragedi menimpa Malaysia kebelakangan ini,yang agak membimbangkan kerana ia memberi imej yang tidak baik kepada keadaan sesebuah negara pada ketika ini..Ini secara tidak langsung menggugat keselamatan penduduk di dalam negara..Perkara ini berlaku dengan kerap menjadi kita tertanya-tanya adakah ini adalah satu corak hasil daripada masalah yang terdapat di Malaysia yang tidak diselesaikan??Contoh Masalah:Kes ragut beberapa kes sedangkan sebelum ini kurang kes ragut tetapi semakin hari semakin kerap tanpa takut,Pesawat terhempas berulang kali yang telah mengambil nyawa insan yang terkorban,samun khianat seperti yang berlaku kepada akhyar rasyid,faisal halim,kes samun seperti berlaku di Klang dan menggunakan parang boleh membunuh penduduk…Anak Muda hancur dengan penyebaran video lucah bangsa Melayu Islam yang tidak diambil serius oleh pihak berkuasa,hanya mengambil serius bab Poligami…
Ibu bapa yang bodoh tidak menjaga anak-anak yang masih mentah,untuk hidup bebas yang menjadikan 2 remaja perempuan dan ramai lelaki bercampur di dalam hotel dan mereka adalah Melayu Islam..Masyarakat kurang sensitif terhadap tragedi dan masalah,kurang simpati dan hanya membuat semua yang terjadi sebagai bahan jenaka…Lagu Melayu Islam berunsurkan Zina..Kumpulan Muzik melayu Islam tanpa bersalah membuka aurat seperti orang kafir tetapi menyanyikan lagu raya..melakukan dosa dan redha akan dosa yang dilakukan..Cuaca panas melampau.Pihak keselamatan yang mementingkan wang daripada keselamatan negara.Budaya sugar daddy,call girl,kelab malam,dadah,zina berleluasa…Pada zaman dahulu,mungkin yang terlibat orang dewasa,tetapi kini remaja turut serta dalam gejala haram..Ini adalah bala yang diturunkan..Malaysia mungkin tidak mengalami Tsunami atau gempa bumi,tetapi ini adalah salah satu bala yang menyeksa seluruh Malaysia kerana yang jahat tidak insaf dan yang baik tidak menegur..
Bagi aku,ini semua terletak kepada kekuatan agama pada sesebuah negara,sebagai penahan seseorang untuk membuat jenayah meskipun tiada siapa yang tahu..Kemudian,ini adalah kesan polisi negara yang gagal yang telah mendesak ramai orang melakukan jenayah untuk hidup kerana makanan asasi seperti beras tidak dapat diperolehi...Kemudian,pencen yang dimansuhkan kepada penjawat awam menindas lagi golongan miskin...Kemudian adalah sikap pihak penguatkuasa undang-undang yang menerima sogokan dan menjadikan keselamatan Malaysia sebagai taruhan kerana gaji sedikit yang berpunca oleh kegagalan kerajaan..
Ingatlah,tiada erti kekayaan jikalau kita tidak selamat untuk menikmati kekayaan tersebut di rumah kita,apabila kita berisiko untuk dirompak atau dibunuh bila2 masa..Akhirnya adalah sikap rakyat Malaysia yang tidak matang dalam kehidupan…Tidak matang bermaksud tidak mempunyai kewibawaan dan kesiapsediaan untuk mencegah kesalahan dan mendorong kebaikan..Rakyat Malaysia terlalu lembut dan tidak mempunyai tindakan yang berguna mengambarkan kebodohan…Contohnya,apabila kelab bola sepak memberikan prestasi yang hampa,tidak sepadan dengan bajet yang diberikan,pemain neutralisasi diambil,tindakan mestilah diambil tidaklah cukup hanya dengan kata-kata semangat sahaja..Ini punca masalah yang terjadi seperti zina,bahan lucah,jenayah berlaku di siang hari..Kemudian,rakyat Malaysia tidak kompeten dan serius apabila menggalas tugas kerana sikap yang kompeten dan professional dalam rakyat boleh menggerak negara ke hadapan kerana setiap tugas diambil dengan fokus dan tanggungjawab..
Tetapi dengan sikap dengki,penting diri,mencampur urusan peribadi dan kerja,kualiti kerja yang rendah kerana malas,cuai dan malas,sikap Lemah dalam bekerja,masih mengamalkan sikap ‘ekonomi sara diri’ dalam kerja professional menjadikan kerja tidak disiapkan dan pesawat boleh terhempas membunuh warga Malaysia yang lain..Easy time creates weak men..Naratif negara kelas ketiga direka untuk membezakan negara blok komunis dan blok kapitalis..Malaysia negara kelas ketiga kerana dasar berkecuali bukanlah disebabkan warna kulit atau ekonomi..Malaysia tidak lebih rendah berbanding negara USA..Kembalilah kepada agama supaya dirahmati Tuhan dan tingkatkan taraf kerja kita supaya kita dapat hidup aman damai dan sesi akan tempat yang selesa kepada keluarga kita.
Persoalannya Sampai Bila?
submitted by tersxin to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.04.16 11:08 lelakimengantuk Tajuk : Seraplahku bumi

submitted by lelakimengantuk to bahasamelayu [link] [comments]


2024.03.30 00:12 ninojeroncic12 Selling lvl 49 almoast lvl 50 account

Selling lvl 49 almoast lvl 50 account submitted by ninojeroncic12 to CSGOROLL [link] [comments]


2024.03.08 01:43 abdulsamri89 Jaga tepi kain sendiri

MACAM BIASA TETAPI BAHAYA
  1. Seorang sahabat bertanya : “Berapa gajimu sekarang disini?”, Maka dia menjawab: “Cuma RM1200 sahaja” “La banyak tu sahaja, cukup ker nak hidup di bandar besar nie?”
Sejak saat itu, sahabat kita mula membenci pekerjaan yang dia suka dan bahagia selama ini. Ketika dia meminta dari majikan untuk dinaikkan gaji dan ditolak hingga akhirnya dia diberhentikan kerja dan tiada pendapatan hingga kini.
  1. Ketika undangan seorang saudara dekat kita bertanya: “Wah, makin ramai ya anak kau ya Jemah, tak sempit ka rumah macam nie?”.
Rumah yang selama ini kita rasa lapang dan bahagia mula rasa sempitnya.
Kebahagian rumah tanpa hutang kita mula memikirkan untuk beli kediaman yang lebih besar dengan hutang besar yang baru. kita mula hilang rasa bahagia dari kediaman kecil kita.
  1. Bapa saudara datang berkunjung untuk melihat adiknya yang baru melahirkan anak kecil: “Dapat hadiah apa kali ini dapat anak baru nie?” “Tak da lah bang” Jawab adiknya pendek sahaja.
Maka bapa saudara ini berkata; “Takkan lah tak kasi apa apa, pakcik baru hadiahkan makcik kau sempena habis kelas mengaji dengan gelang bunga ketum baru baru nie”.
Bila petang sang suami pulang, sang isteri mula masam muka memikirkan dia tidak beruntung bernikah selama ini, sejak itu mula jadi sensetif dan rasa tidak dihargai.
Bila sedikit pergaduhan berlaku akhirnya membawa kepada penceraian.
Dari mana puncanya?
Dari pertanyaan sederhana saudara kita sendiri akhirnya.
  1. Seseorang bertanya kepada pasangan ibubapa yang tua di kampung: “Berapa lama dah anak kau tak balik nie Musalmah?” “dah masuk 3 bulan tak boleh balik nie Rosmah”.
    Maka yang bertanya sambung lagi; “ish anak anak aku balik jer tiap tiap bulan waktu PKP ini. Pandai pandai la diorang cipta alasan dan cari jalan”.
Maka hati ibubapa tua ini menjadi sempit, mula membanding bandingkan anaknya dengan anak tetangganya tadi.
Dari dia redha selama ini, akhirnya dia mula berasa sedih sebab anak tak hargai dan mula rasa sakit sebab banyak bersedih hati.
Kawan kawan yang mulia,
Apa sebenarnya keuntungan yang kita dapat ketika kita bertanyakan persoalan ini?
Jagalah diri dan janganlah mencampuri urusan kehidupan orang lain. Jangan kecilkan dunia orang berdasarkan kacamata kita.
Kita akan menjadi ejen kerosakkan dimuka bumi ini, tanya diri kita apakah kita sedang menjadi api yang menyalakan sumbu pelita kemusnahan pada orang lainnya.
Setiap dari kita ada neraca bahagia yang berbeza beza, raikan perbezaan ini kawan kawan
Azizul azli Ahmad Catatan Malam
submitted by abdulsamri89 to Bolehland [link] [comments]


2024.03.04 03:20 Large-Bobcat-3516 Well, well, well… if it isn’t the consequences of my own actions

Well, well, well… if it isn’t the consequences of my own actions submitted by Large-Bobcat-3516 to indonesia [link] [comments]


2024.02.26 14:55 TruthversusSlander Toxic parents Toxic relationship between mom and dad will affect the child's upbringing and worsen the kid's future in a negative direction. Baca kisah ini. (credit to life_in_a_fast_lane).

Toxic parents Toxic relationship between mom and dad will affect the child's upbringing and worsen the kid's future in a negative direction. Baca kisah ini. (credit to life_in_a_fast_lane).
Ada kisah disebalik gambar ini. Walaupun kisah ini tidaklah “rare” tapi itu tidak mengubah kesan dan akibat yang telah berlaku.
4.40pm smalam,staf letak 2 kad pt atas meja. Aku & kawan ambil sorang satu dan memanggil. Rupanya 2 pesakit tersebut adalah ibu dan anak. Si ibu lewat 20an dan anaknya 9 tahun. Bila masuk, aku memberi laluan kepada kawan untuk melihat si anak dahulu sambil aku pegang kad si ibu.
Si anak bermasalah dalam pembelajaran di sekolah. Si ibu dah jumpa dengan pihak sekolah tentang prestasi anak dan berbincang. Maka sekolah mencadangkan buat pemeriksaan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Selepas dinilai beberapa aspek, diagnosis awal adalah Learning Disability.
Kawan aku menerangkan perlu rujukan kepada juruterapi carakerja untuk penilaian penuh tumbesaran (developmental assessment). Selepas penilaian itu kami tengok semula apa langkah seterusnya. Si ibu faham dan bersetuju.
Tibalah giliran aku untuk melihat si ibu sambil kawan buat surat rujukan dan dokumentasi konsultasi si anak. Si ibu bermula dengan ayat “saya tak tahu nak cakap macam mana masalah saya ni.” Dan aku jawab “takpe cerita je macam mana pun, saya okay jee..”
Maka si ibu pun bgthu yg kerap ada mslh tidur, tiba2 dada rasa nk pecah, tgn terketar n bila jadi mcm ni dia nk termuntah n susah nak bernafas. Aku pun syak ini bukan kes biasa tak sihat, tp mesti ada kisah disebaliknya. Terus aku tya “hbgan dengan suami,keluarga atau kawan2 ok?”
Dia pun cakap baru je berpisah beberapa bulan lepas. Perkahwinan 9 tahun dia pilih untuk tamatkan kerana memakan dirinya atas beberapa isu. Bekas suaminya menderanya secara verbal,emosi,fizikal dan seksual.
Sorg laki yg sgt panas baran n dia dh hidup bersama slama 9 thn tnpa tahu smpai bila prlu hadap. Mereka prnah berpisah skali beberapa thun lepas tp rujuk balik sbb si llki janji utk berubah, janji tinggal janji. Rutin penderaan kmbali hinggalah berpisah ke-2 beberapa bulan lepas.
Si ibu tidak dibenarkan bekerja diluar kerana cemburu dan “trust issue” walaupun isu itu tidak wujud, sekadar kongkongan dan dominasi si bekas suami. Hanya si lelaki yang bekerja. Si ibu buat bisnes dari rumah berbekalkan bakat yang ada iaitu membuat kek.
Dgn pendapatan bisnes dr rumah tulah dia mmpu membeli rumah dan kereta walaupun kereta tu dia tak pakai sebab tak dibenarkan keluar rumah. Hanya si bekas suami yang menggunakan kereta. Si ibu tidak menceritakan secara terperinci tentang nafkah zahir yang lain n aku pun tak tanya.
Pergaduhan mereka hampir setiap hari dan tahapnya bukan macam kebanyakan kita (gaduh2 manja comel2). Dicarut dihamun tanpa tapisan dengan nada yang tinggi. Makian tanpa batasan dihadapan anak.
Si ibu berhenti seketika mengelap airmata sambil tanya “eh takpe ke saya cerita ni?saya malu”. Aku jawab “jangan risau, awak di tempat yang selamat. Kalau awak tak kisah, cerita je. Saya boleh dengar, kami boleh tunggu sampai awak selesai.”
Ada hari yg order agk byk 8 kek. Siap buat kek,bgkus n sedia utk hantar (tak bagitahu hantar sendiri,pick up/runner). Bekas suami mengamuk sbb dia tak dgr dipanggil, sibuk uruskan kek. Maka si bekas suami mengambil 1 persatu kek n hempas ke lantai sambil memaki hamun n pijak kek.
⁃Hempas kek pertama “kau bab” ⁃Hempas kek kedua “memang perempuan sil kau ni” ⁃Hempas kek ketiga “betina bodoh” dan keempat kelima.
Maka 5 pesanan pelanggan tak dapat disempurnakan dan duit pelanggan terpaksa dipulangkan secara penuh walaupun kek dah siap cuma tunggu hantar je. Dan ini terjadi depan anak.
Dan beberapa minit lepas insiden tu, si bekas suami meminta dia nafkah batin. Dalam ketakutan,kemarahan,kesedihan dan kekecewaan dia turuti. “Kalau saya kata taknak atau lawan,lagi sakit saya kena fizikal dan seksual.”
Di hari yang lain, bekas suami minta untuk dikejutkan tidur untuk pergi kerja. Maka dia pun kejutkan suami berkali-kali. Bila bangun si suami bengang kerana tidurnya diganggu. “Kau apasal perangai macam pukmak sangat ni?” “menyakitkan hati aku betul la bab sekor ni”
Makian cmni bukannya dgn nada rendah. Tak mgkin anak dpt tidur. anak pun terpinga tgk n dgr bapa kata gitu kpd ibu hmpir stiap hari slama bertahun. Bnda ni jadi bkn kali pertama n bukan sekali tu je. Itulah rutin bertahun yg lepas. Itulah yang anak dengar dan tengok setiap hari.
“Jujur doktor, saya pernah je cuba nak habiskan nyawa saya. Saya duduk dalam kereta 2 jam tutup tingkap tengah panas tanpa hidupkan enjin. Tapi saya stop sebab teringat muka anak.”
“Saya pernah pegang racun tikus kat supermarket nak beli, tapi letak balik sebab saya takut anak saya makan sekali bila dia tengok saya makan”
“Kadang saya ada harap bila dia pukul saya, biar lah sampai saya mati dia pukul tu. Sampai bila saya nak hadap macam ni.” Dan pelbagai lagi idea ataupun lintasan fikiran yang dia ada tapi tak diteruskan kerana terbayang anak yang takde siapa akan jaga kalau dia tiada.
Dia bru tahu beberapa mggu lepas yg kereta dia dijual oleh bekas suaminya n 1 sen pun dia tak trima duit hasil jualan wlaupun kereta ats nama dia. “Saya tk tahu mcm mana dia jual tnpa persetujuan saya”. Sekarang ni saya takut rumah tu pun dia jual jugak sebab rumah tu nama saya.
“Sekarang saya balik kampung duduk dengan mak saya. Dia takde ganggu saya dah cuma contact sesekali berkaitan anak. Sekarang saya rasa tengah menghadapi realiti trauma lepas saya hadap dia 9 tahun.”
Dan sekarang baru dia ada ruang dan masa untuk beri perhatian tumbesaran anak. “Anak saya ni tercicir banyak, banyak dia terlepas, banyak dia tertinggal.” Dia tahu anaknya takde zaman kanak-kanak yang seronok macam orang lain.
Benarlah, rumah yang tidak harmoni akan membantutkan otak kanak-kanak. Ibubapa yang bergaduh teruk depan anak-anak akan memberi kesan terhadap mereka.
Aku saja minta si anak untuk tulis nombor, huruf dan buat operasi matematik mudah (tambah tolak), tapi memang tak berjaya. Untuk usia 9 tahun, kebolehan membaca,mengira dan menulis bukan macam ni. Ini lebih kepada usia 6-7 tahun.
Sesi konsultasi,perbualan dan penceritaan ni hampir 1 jam. Banyak lagi yang tak mampu aku tulis. Tapi cukup panjang ini dan yang baca faham apa yang aku nak sampaikan.
Sehelai kertas ini adalah bukti dan manifestasi yang kelakuan ibubapa dirumah mempengaruhi tumbesaran anak-anak. Dan yang ada depan mata aku sekarang adalah seteruk ini. Dan kesannya bukan kepada 1 individu, tapi 2. Si ibu dan si anak terkesan dengan cara mereka tersendiri.
Si ibu n anak beransur kluar dgn management yg aku n kwn rangka. Aku kemas bag, punchkad dan hidupkan enjin motor untuk balik. Sepanjang perjalanan terngiang suara si ibu dan si anak dalam bilik dengan kisah mereka. Ini bukan kali pertama aku dengar, dan juga bukan yg terakhir.
Si ibu taknak teruskan hidup dengan pasangan sebegitu seumur hidup, kerana seumur hidup itu terlalu lama. Terlalu lama.
Tamat.
submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.02.23 21:11 Ok-Fee-5623 taktahu nak luah dekat mana

aku f25 dah khawin tapi still rasa kosong, taktahu hala tuju, otak sentiasa ovthinking. boleh kata semua benda remeh aku pikir, maybe sbb jobless. act aku convo bulan 12 tahun lps. aku struggle cari kerja tapi nak lari dari bidang yg aku study sbb aku time dekat u bru aku sedar yang aku ni tak sesuai yg field tu sbb aku kena interact dgn org, tak boleh ada pressure sikit auto rasa nak pitam, even presentation aku tak penah ada yang okay sbb aku cpt sgt anxiety. aku punya intern presentation pun aku tak attend sbb takut sgt pikir bukan bukan smpai ws supervisor aku pukul 4 pagi sruh fail kan je aku sbb aku rasa aku tak cukup bagus mcm student lain, nasib sv aku paham dia still bagi chance dan terima keadaan aku yg mcm ni :(( aku tak suka dan taktahu knp aku mcm ni, aku pikir dgn aku berkahwin hidup aku akan berubah tapi tetap sama je ovthiniking jugak penat tau mmg penat, smua benda nak pikir apa org kata smpai diri ni tak boleh buat apa apa. aku ni dari dekat U rasa sorg sorg, makan sorg sorg tu dh biasa sgt sbb takda kawan, paling tak suka time grouping :( selalu aku la terkial cari kawan, kadang tu smpai org tak sedar aku je takda group lagi. aku pulak jenis takut nak bgtau lecturer takut dia kata dh besar pnjang pun tak reti nak handle sndiri ( sbb dah pernah kena) jadi benda tu yg aku pikir stiap kli nak cari group. aku boleh kata hidup aku ni 100% malang, tiap hari aku persoal hidup aku ji knp tak mcm org lain tapi dalam masa yg sama aku comfort balik diri akuyang maybe time belajar je aku malang, nanti dh kerja mesti dh ramai kawan, kerja best, tak jobless tapi tgok la skrg :)) masih sama. aku husnudzon lagi maybe time skrg je struggle cari kerja nnt kedepan mesti dpt rezeki kerja yang lagi bagus. sampai laa tup tup aku kahwin. usia perkahwinan ni baru 6 bulan. alam perkahwinana. aku pun sama dgn alam belajar aku tetap malang jugak. bru seminggu kahwin dah rasa nak give nakcerai, keluarga mertua aku tak suka aku, hari hari hidup aku seksa tiap kali melawat mertua, tak pernah mcm org lain. aku sntiasa ovthinking pikir aku tak cantik mcm org lain, aku selalu salahkan diri aku sndiri tiap kali org buat jahat dekat aku. hari hari aku cakap dkat diri aku, klau aku cantik mesti org tak treat aku mcm ni. keluarga mertua aku semua kulit cerah tau, aku sawa matang je. time nikah mmg cantik mua tu makeupkan smpaikan keluarga mertua sana ada yang seolah perli kata aku ni lain btul ya muka dgn time nikah. aku diam je senyum selalu tak pernah balas apa sbb time tu tgh gathering dgn keluarga mertua ramai sgt. apa aku boleh buat cuma luah dekat suami aku yang usia seminggu tu. suami aku salahkan aku, dia kata aaku pikir lebih sgt padahal dia pun dengar benda sama. aku bertahan lagi duduk sana. aku sorg sorg even bersuami, suami tak pernah bela aku, time tula titik terrndah aku. aku tak cerita kat sesiapa sbb aku tahu tnggungjawab aku tutup aib suami. suami aku sikit tak hirau perasaaan aku, apa yang aku terasa dgn kata kata org sana semua dia anggap remeh. time tu cuma ada aku dgn Allah je sbb aku sorg sorg dekat tempat orang. aku kahwin dgn suami majlis nikah ditanggung keluarga aku 6k buat kecik2 je. suami cuma sediakan 3k je mas kahwin dgn dia ada jugak belikan cincin dgn gelang pastu ada sikit2 barang siapan baju aku tdung yang dia keluarkan duit. aku terima dia seadanya dgn harapan dia terima aku jugak. tapi aku tak sangka perkahwinan aku diuji awal mcm ni. aku pindah ke tempat suami lepas nikah. rumah suami tak sediakan lagi. so kami terpaksa tunpang duduk rumah mertua dulu. act aku tak sebulu dgn mertua dari tunang lagi, mertua aku tak suka aku. waktu aku first time jumpa mama dia, mama dia bercakap jrang sgt buat eyecontact, layan acuh tak acuh sjaa. suami aku sedapkan hati aku kata mama tak pernah ada anak perempuan sbbtu dia kekok. aku terima sja. smpai lah beberapa bulan tetap sama, mertua aku tak dtg pun majlis nikah maybe tanda protes dia dgn calob yg anak dia pilih. aku terima. hadap ja. act banyak lagi nak cerita, sambung nanti pulak. terima kasih siapa yg sudi luangkan masa :))
submitted by Ok-Fee-5623 to SesiKonfesi [link] [comments]


2024.01.30 05:34 zenonidenoni Trend majlis graduasi sekolah di hotel, ibu bapa dakwa bagaikan diperas ugut

Meskipun tidak mampu ada ibu bapa terpaksa merelakan juga untuk membayar antara RM150 hingga RM200 semata-mata mahu anak hadir majlis graduasi anjuran sekolah di hotel mewah.
Jika ada ibu bapa yang enggan bayar, seorang pengguna media sosial mendakwa keadaan itu mengakibatkan anak mereka pula berasa tertekan dan malu kerana tidak menghadiri majlis berkenaan bersama rakan.
Lebih parah, apabila beliau mendakwa bagi waris yang ingin menemani anak mereka ke majlis graduasi itu diwajibkan membayar yuran tambahan sekitar RM150 seorang.
"Keputusan guru besar untuk anjur majlis graduasi di hotel lima bintang seperti buat emotional blackmail (memeras ugut emosi terhadap ibu bapa serta murid). Nak tunjuk sekolah kita 'have-have' (kaya) di media sosial?
"Yang lebih membuatkan situasi lebih buruk adalah mereka buat kumpulan WhatsApp. Ada ibu bapa murid di situ nyatakan ini dan majlis kena bayar banyak ini, ini (senarai) ibu bapa sudah bayar dan ini ibu bapa tak bayar (lagi). Ini membuatkan ibu bapa tertekan kerana orang lain sudah bayar tetapi aku tak bayar lagi.
Ibu bapa juga ada yang merungut kerana anak mereka mesti nak (beli) baju baharu. Itu kena tambah duit lagi. Ia sekali gus menjadikan satu tekanan yang tidak perlu (ditanggung ibu bapa).
"Banyak hutang dan ibu bapa banyak komitmen lain yang nak bayar. Jadi nak keluarkan duit untuk benda tak masuk akal...Subahanallah. KPM perlu cakap sesuatu sebab perkara ini tidak munasabah untuk ibu bapa bayar duit untuk anak mereka hadir majlis graduasi.
submitted by zenonidenoni to malaysia [link] [comments]


2023.12.15 08:00 Numerous_Brilliant_1 Aku berjaya menghamilkan isteri

Aku berjaya menghamilkan isteri
Kote aku telah berjaya hasilkan manusia setelah bergiat 2 malam di Fraser yang nyaman dan sejuk, sekarang, apa patut aku buat sebagai bakal bapa?
submitted by Numerous_Brilliant_1 to Bolehland [link] [comments]


2023.12.14 15:23 One_Adhesiveness_224 Bapa jahat

Selama 20 tahun, bapa saya selalu memberi layanan yang buruk kepada ibu saya tetapi dia tak pernah nampak kesalahan dirinya dan selalu menganggap bahawa ibu yang jahat. Mereka pertama kali bertemu 20 tahun yang lalu, bapa saya 55 waktu tu dan ibu saya 19. Walaupun umur berbeza tetapi ibu saya nak mencari cinta tapi apa yang dia dapat adalah sebaliknya.
Ibu saya seorang yang jujur dan tak pernah mencuri dari bapa saya. Walaupun bapa saya bergaji Rm 3000 dan tak termasuk duit lebih dari syarikat. Ibu saya takut untuk melawannya. Jadi, selama kami tinggal di apartment sepanggar ria, bapa saya selalh maki bangsa ibu saya dan menghina ibu saya kerana tidak mempunyai pengajian yang tinggi. Apabila ibu saya ingin meminta duit, bapa saya akan marah dan over react. Dia akan memaki ibu saya. Bukan tu sahaja, dia juga menonton pornografi. Hal ini telah mengakibatkan kesan kepada saya sewaktu kecil untuk sementara tetapi sekarang tidak lagi. Waktu kecil, saya lihat ibu saya tak bijak dan selalu setuju dengan bapa tetapi bila lihat balik, apa yang bapa saya buat tu kejam. Walaupun dia telah buat banyak benda, dia masih tak sedar.
18 tahun telah berlalu, ibu saya sudah menjadi berani. 3 tahun yang lalu, ibu saya curang dengan bapa tetapi kami adik beradik tidak marah kepadanya walaupun sakit hati. Hal ini kerana bapa tak pernah tolong ibu di rumah, terutamanya apabila ibu saya mengadung anaknya. Tetapi selepas kematian atok dan banyak nasihat saya beri kepada ibu, dia mulai untuk sedar bahawa dia tidak dihargai. Oleh itu, dia mula untuk berani menyuarakan perasaannya walaupun secara ganas tetapi tak seganas bapa. Ini adalah lebih kurang contoh percakapan bapa :
"Kau ni memang dasar perempuan sundal, tukar-tukar lelaki. Kuat nafsu, sebarkan kaki kepada siapa-siapa jantan sahaja yang mahukan kau. Kau tak sedar kah yang tiada lelaki di dunia inginkan kau, aku sahaja yang kisah padal diri mu."
Ibu jawab "Bila masa saya macam tu, malas saya nak layan kau ni"
Bapa marah "Pukima, sial kau tahu. Ketulaan kau lawan aku. Memang dasar perempuan philipine. Ni semua salah keluarga kau yang bodoh tu. Sial kamu semua"
Ibu saya diam dan tak layan tapi saya berasa sangat marah sebab saya study psikologi dan saya tahu apa yang bapa saya sedang lakukan.
Selama ni ibu saya pendiam tapi saya yang tolongnya untuk membela diri, mengajarnya ayat apa yang perlu dikatakan kerana bapa saya tak pernah sedar kesilapannya. Dia lihat bahawa dirinya yang mangsa di dalam rumah.
Dia rasa umpama dia mangsa kerana sekarang dia tak boleh mempergunakan lagi ibu, dia tak dapat nak puaskan lagi ego yang ada pada dirinya. Kadang-kadang saya lihat dirinya bodoh kerana dia lupa apa yang dia kata tapi saya tahu dia sedang berpura-pura. Ibu curang sekali tetapi tak pernah menyentuh sesiapa lelaki. Ibu saya baik hati tapi bapa saya mempunyai minda yang busuk serta kotor. Dia juga telah menyebarkan aib ibu ke semua keluarga yang lain dan termasuklah rakan-rakannya. Walaupun apa sekali yang dia buat kepada ibu, ibu tak pernah buka aib dia. Dia membuat ibu derita dan tiada tempat untuk pergi, selama ni ibu selalu di rumah sampai ingin menangis.
Bila ibu kata yang dia inginkan kebebasan, bapa saya kata :
"Oh, ini pula apa yang kau menunggu selama ini. Aku menyesal kahwin kau. Bagus kay balik lah ke Philipine, saya tak mahu tengok kau lagi. Kau ingat akan kematian, dunia bukan selamanya. "
Bapa saya belajar banyak agama tetapi akidahnya mungkin sedikit salah. Wallahualam. Dia sendiri tak sedar dia tu kadang-kadang pukul ibu. Tak memberi dirinya ketenangan dan cinta. Padahal pada umur 55, dia tinggalkan isteri pertama yang sedang sakit kerana masih bernafsu. Kadang-kadang daya terfikir kenapa dia kahwin ibu.
Bapa saya sedih kerana pelik kenapa tiada siapa rapat dengannya dan ini sebabnya :
Dia seorang yang kuat memaki dan cepat marah. Mindahnya tertutup dan dia berperangai seperti kebudak-budakan. Hanya dia sahaja yang betul dan kami semua salah. Saya rasa dia baik dengan anak pun sebab taknak ulang benda yang sama kerana semua anak-anaknya sebelah isteri pertama tak pedulikan dirinya lagi tapi kami adik beradik sayang ibu dan walau jahat macam mana pun bapa kami takkan ulang benda yang sama.
submitted by One_Adhesiveness_224 to Ajar_Malaysia [link] [comments]


2023.12.05 03:33 FoxtrotWhiskyTango [SERIOUS] Need advice to resolve home issue

Jadi saya (28M) tinggal bersama istri saya(28F) dan anak saya yang baru dua tahun. Pernikahan kami sebenarnya tidak terlalu smooth karena menurut istri saya, orang tua saya/mertuanya itu terlalu banyak "intervensi" to the point I cannot have casual phone with my mother anymore(who in my opinion, not perfect but good person overall).

Kami dulu menikah pas 2020 di tengah COVID. Personally kami berdua maunya acara sederhana saja, cukup ke KUA dan slametan biasa saja. However my mother pushed us to get a wedding (yang mungkin ukuran dari ortu saya nggak besar, 100 person yang anggotanya extended family). Kalau berasumsi "oh disuruh bayar sendiri?" Nggak, family paid it all. Family disini maksudnya keluarga saya, soalnya istri saya itu yatim piatu sejak SD. Diasuh oleh Budhe-nya (yang setelah talking banyak, ya orangnya baik-baik walau banyak flawnya).

Lalu alhamdulillah sekali, anak saya itu datangnya cepet banget. 2022 akhir sudah lahir. A very cute and smart babygirl. Problemnya sejak hamil, istri saya itu gampang sakit, karena saya harus kerja full, terpaksa saya minta tolong orang tua saya agar istri saya selama kehamilan dan setahun pertama anak saya bisa ikut di rumahnya. Ibu saya has no issue dan saya personally menilai ibu saya selama mendidik saya juga dididik baik-baik walau saya banyak personal flaw-nya.

Then, from here, things starts rolling over downhill.

Saya jujur paham kalau usually hubungan mertua-menantu itu akan bumpy as heck from start. Tapi karena saya (walau pas COVID) harus kerja masuk kantor, saya putuskan agar istri saya ikut orang tua saya supaya bila tiba-tiba istri saya ngedrop ada yang langsung handle. Karena tempat kerja saya dan rumah saya pada saat itu jaraknya 90 menit commuting. Then, my wife mental health starts deteriorating.

Sebelum menikah, istri saya itu orangnya "no-nonsense person" dan suka charging full speed at her issue. Kalau kata ipar saya itu, saat istri menikah sama saya jadinya itu "Ratu jalanan tiba-tiba masuk keraton" Yang biasanya suka outing tiba2 harus dirumah terus gegara COVID. Terus nggak sampe setengah tahun nikah sudah hamil. Ibu saya dokter, jadi pas COVID itu benar2 strict. Nggak boleh keluar rumah. Dari luar (apapun dan darimanapun) harus langsung mandi dan keramas. Masker hanya dibuka pas makan atau mandi saya. That strict. Karena kami sekeluarga juga terpapar COVID. walau alhamdulillah nggak ada yang sampai masuk RS.

Selama disana, istri saya selalu curhat ke saya kalau pembantu saya itu suka semena-mena (which in retrospect, memang iya). Entah ngatain "nggak bondo" atau "nunggu harta warisan doang" and some other stuff along that line including karena istri saya makannya banyak, biasnaya ada lauk yang bisa dibawa pulang dihabiskan semua sama istri saya yang hamil.. Ibu saya memang bilang ke istri saya yang hamil biar nggak usah bantu-bantu yang berat. Cukup banyak2 istirahat aja.

Sempat pecah secara terbuka dan istri saya hampir mau kabur karena kelakuan pembantu saya itu. Pembantu saya itu for the last 20+ years memang sudah ikut di rumah orang tua saya. Ibu saya mencoba menengahi dan membaikkan antara istri dan pembantu. Tapi istri saya itu suddenly, walau ratu jalanan, perkataannya itu selalu sopan, "nggak bisa saya bisa langsung memaafkan". Which in my opinion masih masuk akal walau ibu saya menerimanya agak aneh. Lalu istri saya menuduh ibu saya "berat" ke pembantu saya. Alasan istri saya, pembantu sudah 20+ tahun ikut sedangkan istri saya baru seumur jagung.

Lalu it even got worse. Saya jujur nggak tahu asal usul gosip ini dari mana, tapi di desa saya dan istri saya (kami ketemuannya di Malang dan kaget kalau desa mbah saya dan desa istri saya itu tetanggaan di kampung) muncul gosip "kalau saya ini mau dijodohkan bla bla bla". Since then, kalau ada sesuatu yang saya lakukan bagi dia tapi tidak sesuai dengan karep e selalu "kono lho, pegat o ben iso rabi karo menantu idaman mbokmu"(tuh, cerai aja ben isa nikah sama memantu idaman ibumu). Saya jujur sangat tidak senang dengan perlakuan ini. Karena walau saya masih banyak flaw saya sangat mencintai istri saya. Because I chose her with full of my consciense and judgement. Saya menyari calon istri yang mau saat hidup berada di bawah dan diatas tetapi saling cinta. And that what I see in my wife.

Setelah gosip itu beredar, semua tindakan-tindakan (yang menurut saya) baik dari keluarga inti atau extended family saya selalu direspon oleh istri saya dengan "mau ikut campur urusan rumah tangga" atau "biar nanti bisa diungkit lek ada sesuatu yang nggak sreg dengan mereka". Baik disini itu adalah kami sempat dibantu pindahan, dibantu juga dicarikan kontrakan baru karena saya pindah kerja. Dikunjungin every other week or two. and even monetary help soalnya anak saya juga sedang sakit TB.

Saya sempat dipesani oleh ibu saya, "lek cerita masalahmu, nango keluargane istrimu sebelum cerita ke ibu. Ben terbuka sama keluarganya" And I did it. and Demi Allah I swear that my wife extended family is the absolute nicest people I've ever met. And I did it religiously. Sebelum cerita ke orang tua saya, saya selalu cerita ke Budhe/Pakdhe/Mas/Mbak/Ipar istri saya dulu. And my wife responded as "Ganok sing membela aku, keluargaku ae mbelain kamu". And things also spiraling sampai kami sempat ada inciden antara pas lebaran 2022 tiba2 istri saya meledak di rumah budhenya sampe ninggal anak saya begitu saja seharian. Saya dan kakak-kakaknya nyari seharian keliling desa nyari istri saya.

Akibat insiden itu, istri saya sempat diruqyah oleh Pak Lik Ipar saya. Dan ternyata ada "yang nempelin" sehingga kadang bertindak irrasional. and things were getting better for a short respite. Istri juga sempat kami bawa ke mental health provider dan secara medis dan spiritual getting better.

Tapi good times grinds to halt. Beberapa minggu terakhir ini saya dan istri saya gesekan terus karena kita beberapa waktu terakhir memang banyak emergency spending karena anak saya sempat hospitalized dan membantu pakdhe istri saya juga habis kecelakaan. Money was become tight and we both know that we are not exactly a good thrift spender. Kita nggak hidup royal. Hidupnya menurut saya cukup mild dalam spending dan alhamdulillah gaji saya itu pretty much cukup untuk daily basis. We am trying to live independently.

Sempat saya mencoba memarahi istri saya karena perkataannya itu terkadang semakin menyakitkan. Saya juga mengiyakan karena I am not exactly a good role model even though I try my best to become one. Saya khawatirnya istri saya akan starting to (naudzubillah semoga jangan sampai) abusing my daughter entah secara verbal atau fisik. Kami sebenarnya ingin mencoba marriage conselling tapi gaji saya nggak bisa untuk mengakomodir routine visit, which we are in dire need.

Verbal abuse ke saya makin parah (walau saya nggak bisa menolak sepenuhnya karena ada beberapa hal yang memang benar). Saya mencoba bertahan untuk hanya sekedar memarahi secara lisan saya. Saya tidak ingin "kasar" ke istri saya because it is wrong to do so. But I'm running out of options. Kalau saya kabur ke desa, saya khawatir anak saya nanti gimana dan anak saya itu sangat attach dengan ibunya. Nelpon orang desa juga saya nggak yakin apakah bisa membantu. Dan menelpon orang tua saya is definitely out of option karena bakal memperkeruh suasana. Need advice on how to tackle this issue.
submitted by FoxtrotWhiskyTango to indonesia [link] [comments]


2023.12.04 15:48 No-Luck5972 Aku minta AI lukis pangkat-pangkat polis Malaysia

Aku minta AI lukis pangkat-pangkat polis Malaysia
Aku mintak AI lukis bapa saudara kita semua. Dream job sejak kecil. 🤲🏼👍🏽
submitted by No-Luck5972 to malaysia [link] [comments]


2023.11.23 10:32 davtheguidedcreator we should allow ALL content, besause it is 'boleh' land. not 'tidakboleh' land.

aku rasa pendapat aku tentang sub ini dah bertukar semenjak saya membaca salah satu komen di separareddit ini. hal ini kerana nama separareddit ini telah menunjukkan tujuan sebenar penubuhannya.
"bolehland" mempunyai dua bahagian dalam namanya, iaitu 'boleh' dan 'land'. 'boleh' membuktikan kebolehan dan kebebasan ahli-ahlinya untuk memuat naik apa-apa juga kandungan yang diingini.
kesimpulannya, kita sebagai manusia prihatin haruslah mengikuti kehendak bapa separareddit ini kerana merekalah yang empunya tujuan sebenar separareddit ini.
submitted by davtheguidedcreator to Bolehland [link] [comments]


2023.10.19 16:53 TruthversusSlander Mungkin wanita ni penat dgn 'extra burden'.

Mungkin wanita ni penat dgn 'extra burden'. submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2023.08.22 05:16 billychaics Business Aku asking money from dad story

Business Aku asking money from dad story
Aku : Bapak, saya nak beli McD set untuk adik-adik
Bapa : Berapa harga satu McD set tu?
Aku : Satu set RM 25 pak
Bapa : Ok, ambil RM100 beli utk adik yang lain-lain juga
Aku : Thanks Pak!
Box McD RM1.00
Roti & Air RM 3
RM 100 - 4(RM4.00) = RM 100 - RM16
Untung RM 84.00
https://www.facebook.com/photo?fbid=10161068127863816&set=a.10150429282398816
https://preview.redd.it/fbxazgrexkjb1.jpg?width=2048&format=pjpg&auto=webp&s=682922e24aa3445f86172040656b2df3ba44b330
submitted by billychaics to malaysians [link] [comments]


2023.08.12 01:57 ConfidenceCritical36 Wahai Ahli POLITIKUS. (Luahan Seorang Pelajar)

Hi. sebelum kamu baca, I'd like to admit that mmg saya salah sebab telampau harap Ahli Politik dalam hal ini and maybe juga saya salah sebab sudah tau nda berapa cukup duit untuk belajar di tempat orang but here's how my story went. Sempena musim PRN di tanah seberang, ini luahan sy sebagai seorang pelajar sabah yang menyambung pembelajaran di Selangor.
Hi, sy Sabahan yang currently sambung belajar in Selangor. Why Selangor? mudah kata sebab dapat tawaran course pengajian yang bagus. Sebelum saya datang sini, mmg banyaklah cabaran dari segi kewangan.
Masa sy dapat tawaran untuk belajar pergi Selangor. Sy dengan parents saya berusaha untuk contact 3. TIGA YANG BERHORMAT/YB/WAIBI YANG USELESS. Sy buat permohonan bantuan kewangan sebab saya perlukan laptop dan sedikit duit untuk menanggung kos2 untuk meneruskan pembelajaran di Selangor. Tiga-tiga YB ini tidak memedulikan permohonan saya.
YB 1: Tidak consider pun untuk tengok permohonan, tawaran sy pergi sambung belajar. Alasan? HANYA yang cemerlang seja yang dapat habuan atas mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. YB, masalahnya disini, saya memohon bantuan kewangan untuk sambung belajar bukan meminta award/habuan atas pencapaian SPM saya. btw, yang wakil YB ni (adik kepada YB 1) yang receive permohonan saya. Tapi ya, Sesen pun tidak sy dapat. btw YB 1 ni baru2 dia tamatkan PHD di Singapura. mungkin kalau kamu on track dengan perkembangan politik sekarang, kamu tahu lah siapa.
YB 2: Yang ni berharap betul sd sia, sebab wakil YB ni sdh dapatt surat tawaran, keputusan SPM sy semua tapi satu bulan lebih sudah permohonan tu kena proses sampai sekarang habuk duit tu pun belum sy terima! Cerita punya cerita YB 2 ni di Switzerland, Wow!. This YB 2 terhutang budi dengan my family. Sebelum YB ini naik di arena politik Sabah, bapak saya yang salah satu orang2 yang menaikkan dia di arena politik Sabah sampai gaji bapa aku kena potong sebab nda datang kerja untuk menulis dokumen2 risalah2 pakai typewriter. YB, kalau kau baca post ini, ingatlah, aku wakil keluarga ku nda akan menghalalkan usaha2 orang tua ku untuk menaikkan kau sebab cara kau balas jasa orang2 yang menaikkan kau macam tontolou! Bapa aku mohon bantuan untuk sambung PHD di Universiti Malaysia Sabah pun kau sidai di rumah. Kau ingat kami ni pilak2 yang selalu mengemis tanpa tujuan yang jelas di tepi2 jalan ni ka YB? tidak apa kalau sekarang parti kamu pembangkang tapi masa itu kamu kerajaan! masih under Datuk Seri Bossku Najib Razak.
YB 3: Sejujurnya aku nda berharap dengan YB ini sebab dia terkenal dengan line "tunggu peruntukan dari YB 1/YB 2". Astaga waibi, kau masuk arena politik ni tiada duit ka? oh iya sebelum ini lebih ramai Sabahan tidak kenal kau berbanding kenal. Jadi apa2 masalah rakyat memang kena tunggu peruntukan sama YB 1/YB 2? Tapi ya pendekkan kata, ceritanya sama, surat tawaran, keputusan SPM sdh bagi tapi SATU ZARAH DUIT DARIPADA YB INI TIDAK AKU TERIMA. YB, YB ni real YB ka atau Puppet YB saja? tiada usaha ka sampai mau bergantung sama YB lain untuk membantu rakyat? lebih baik kau nda paya berpolitik YB kalau kena carry terus oleh orang lama.
All in all, apa yg saya kata mungkin kamu terima mcm aku kecam2 YB2 ni tapi tidak. Orang tua aku, kakak2 abang2 aku undi kamu untuk diri sendiri dan untuk masa depan keluarganya. Kami sekeluarga pernah percaya sama Parti kamu tapi Parti kamu khianat keluarga kami. Masa kamu memerintah duit pergi mana? adik si YB 1 pigi Dubai, UK, Paris, and Jepun. Orang2 si YB 2 rancak kasi keluar Super King, kereta2 mewah semua. Keluargaku undi kamu bukan untuk kamu selesa dengan jawatan kamu tapi keluarga ku percaya kamu untuk perubahan masa kini dan untuk kemajuan masa depan. Tapi yang dapat buah dari kejayaan kamu bukanlah kami! Malahan bila kamu yang memegang kuasa, kami yang susah, orang2 kamu yang senang! Orang2 kamu beli rumah 3 tingkat berjuta2, orang KK mungkin kenal dia baru2 ni dia keluar TV sama YB Hajiji. Sekarang aku tahu kenapa parti tiga2 YB ni kalah teruk masa PRU 15.
Aku tidak mengemis, aku tau aku patut sedar diri kalau bajet nda berapa cukup untuk teruskan belajar di luar tapi aku mau tegaskan disini, "DON'T SERVE YOUR COMMUNITY IF YOU CAN'T AFFORD TO". Akhir kata dri saya as a youth, Sabah perlukan barisan politician yang baru, party yang baru, muka2 yang baru dalam scene politik. Yg sekarang pun mcm hauk jga, last aku d kk time tengah hari panas mati karan di KK, IBU NEGERI SABAH. Pelajar2 UMS pun sekarang tgh bergelut dengan masalah air dan karan. PARTI W dan PARTI G needs to be stopped. We need a political revolution and change. come on Sabahans :). Saya juga rakyat sabah, And eligible to vote for the next PRU. tapi buat apa sy undi either of these 2 parti ni if the same outcome will happen? As a kerajaan, sepatutnya setiap YB, Setiap manusia yang berjawatan di kabinet Sabah is responsible ke atas kebajikan rakyat2 Sabah di luar atau pun di dalam regardless of whether they're from B40 atau M40. yang T20 jangan pula masuk campur. Tapi setakat ini ada juga tapi? select. Mcm kes tahun ini, paciknya YB, anak buahnya dapat awards. renung2kan lah.
Itu seja luahan sy. Terima kasih sebab sudah membaca luahan sy sejauh ini. kalau terkasar mohon maaf. siou, kotoluadan :)


submitted by ConfidenceCritical36 to Sabah [link] [comments]


2023.08.04 11:39 TruthversusSlander Jangan baca pada waktu malam ...

Jangan baca pada waktu malam ... submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2023.07.27 13:56 Polressiak Seorang Pria Pelaku KDRT Warga Kelurahan Perawang Kecamatan Tualang Diamankan Tim Opsnal Polsek Tualang

Seorang Pria Pelaku KDRT Warga Kelurahan Perawang Kecamatan Tualang Diamankan Tim Opsnal Polsek Tualang
https://preview.redd.it/l5l3st0byheb1.jpg?width=994&format=pjpg&auto=webp&s=c454b9686528929a464c14b57818d0719dbdddeb
PERAWANG – Seorang pria berinisial UBB Als S (31 ) warga Kelurahan Perawang Kec. Tualang Kab. Siak ditangkap tim opsnal Polsek Tualang dirumahnya Jalan Raya Km.6 Perawang Kec. Tualang Kab. Siak, Senin (24/7/2023) sekitar pukul 00.30 WIB. Penangkapan UBB Als S terkait kasus KDRT, berupa penganiayaan yang ia lakukan terhadap istrinya berinisial DN Als A( 23 ).
Kapolres Siak Akbp Asep Sujarwadi S.I.K,M.SI melalui Kapolsek Tualang Kompol Arry Prasetyo SH.MH membenarkan adanya penangkapan pelaku Penganiayaan itu yang terjadi pada hari Kamis tanggal 13 Juli 2023 sekira jam 15.30 Wib, Jalan Raya Km.6 Perawang Kec. Tualang Kab. Siak.
Kejadian tersebut bermula pada hari Kamis 13 Juli 2023 sekira pukul 15.30 wib di jl. Raya km. 6, saat Korban bersama rekannya hendak mengantar anaknya ke rumah Mertua (Pelaku ), bahwa antara korban dengan pelaku sudah pisah rumah kurang lebih 4 bulan (cerai bawah tangan), setibanya di jalan Pelaku melihat korban dengan rekannya dengan mengendarai sepeda motor dan langsung mengentikan motor Korban.
Pelaku bertanya ke pada Korban” tega kau ya DN Als A”, lalu korban menjawab “apalagi sih UBB Als S, aku udah nggak mau lagi samamu”, mendengar hal tersebut pelaku langsung memukul kepala korban menggunakan besi stainless berukuran kurang lebih 20 cm yg dipegangnya, yg mengakibatkan luka pada bagian kepala korban, melihat kepala korban luka dan berdarah pelaku sempat membawa korban kerumah sakit, namun sampai dirumah sakit pelaku langsung pergi meninggalkan pelapor begitu saja dengan membawa anaknya. Ungkap Kompol Arry
Baca Juga: Tim RBP dan Itwasda Polda Riau Lakukan Penilaian dan Evaluasi Zona Integritas di Polres Siak
Korban yang tak terima dengan aksi kekerasan yang dilakukan oleh suaminya, kemudian membuat laporan ke Polsek Tualang. Laporan itu disertai dengan hasil visum dan keterangan dari sejumlah saksi.
Petugas pun lalu mencari keberadaan pelaku usai melakukan KDRT hingga akhirnya berhasil diamankan tim Opsnal Polsek Tualang yang dipimpin langsung Kanit Reskrim Akp Adi Susanto.SH.
Usai ditangkap tim Opsnal Polsek Tualang, sang suami pun mengakui perbuatannya dan turut serta mengamankan barang bukti (satu) helai baju lengan pendek warna putih
dan 1 (satu) helai jaket warna abu-abu yang ada bercak darah, sedangkan besi stanliss yang di gunakan untuk memukul masih dalam daftar pencarian barang , akibatnya terancam mendapat hukuman penjara selama 5 tahun.
Dalam kasus ini UBB Als S disangkakan dengan Pasal 44 Ayat (1) Jo Ayat (2) UU RI No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT),” ujarnya. Tersangka saat ini masih menjalani pemeriksaan di Unit Reskrim Polsek Tualang untuk mempertanggung jawabkan perbuatannya.
Tags: Kelurahan PerawangTim Opsnal Polsek Tualang
submitted by Polressiak to u/Polressiak [link] [comments]


2023.07.16 21:38 WhyHowForWhat Most Normal Yaoi Comic Title in Indonesia

Most Normal Yaoi Comic Title in Indonesia
Ni lapak kreatif amat translate nama nya biar kgk ke track. No fkin way I check on this, Im not into Yaoi and sama bapak mertua lg, mana tag cheating/infidelity sama incest (technically mrk msh keluarga) anjeeeer woi 😭
submitted by WhyHowForWhat to indowibu [link] [comments]


2023.06.14 00:31 jacobcrackers14 3gp menyatukan Malaysia madani - credit scm gag

3gp menyatukan Malaysia madani - credit scm gag submitted by jacobcrackers14 to Bolehland [link] [comments]


2023.03.21 17:23 sheenaibr82 Sorry this is Manglish but the only way I know how to vent right now.

Sorry, this is Manglish but the only what I know how to vent.
I’m so tired of the shit that comes with a husband who only fikir nak lepaskan diri dia saja. Why must I go out of my way to senangkan kau when my kesenangan is never a priority? You pull a face when I’m asking that you drop off our son for religious school in the morning which is 5 minutes away, even though it doesn’t interfere with your morning routine of going to work; expecting that I - who work late nights until midnight - drag myself out of bed to drop him off instead. Kenapa hal kewangan rumah I have to manage and think about while kau goyang telur? If I’m not bringing up financial matters, kau senyap je, thinking I got everything covered? You’re perfectly fine with me paying the bill when we bring my dad out for dinner. Takde sikit pun malu that your wife - a woman - is paying the bill in front of your bapa mertua? What happened to men being providers? Where’s my pillar of strength?
Silap diri lah tunjuk ciri strong independent woman dari awal. Maybe those whiny dependent females are the smart ones because men automatically step up if a woman shows signs she can’t do things by herself.
submitted by sheenaibr82 to offmychest [link] [comments]


http://swiebodzin.info